Sunday, October 31, 2010

Majlis Pecah Tanah selepas 13 Tahun Rumah Terbakar

SANDAKAN- Nasib penduduk Lupak Meluas bakal berubah setelah berlakunya majlis pecah tanah selepas 13 tahun rumah penduduk Lupak Meluas hangus dijilap api. Mereka dijanjikan dengan rumah baru dengan kadar sewa RM124 sebulan.

Majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas dibangunkan dengan kos RM 60 juta untuk 500 penduduk setampat telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yasin dalam siri kempen mempertahankan P185 Batu Sapi yang melibatkan pertembungan tiga penjuru antara PKR, SAPP dan BN.

Penempatan kekal penduduk Lupak Meluas telah sekian lama diperjuangkan oleh YDP PAS Batu Sapi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah kini mendatangkan hasil dan diharapkan mengembalikan hak dan keselesaan kepada penduduk Lupak Meluas.

Namun demikian, PAS masih menaruh kebimbangan kepada majlis pecah tanah tersebut kerana kerajaan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah penduduk Lupak Meluas ini. Tambahan pula majlis ini dibuat dimusim pilihanraya kecil yang dilimpahi dengan janji-janji manis BN untuk menarik sokongan pengundi.

“Kerajaan BN terlalu lambat dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kenapa sehingga 13 tahun penduduk Lupak Meluas kehilangan tempat tinggal, baru dilakukan majlis pecah tanah dan berapa lama lagi mereka terpaksa menunggu untuk dapat rumah?” soal Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ketika berucap dalam majlis bersama Pengundi di Karamunting.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kadar sewa yang bakal dikenakan kepada bakal penghuni rumah tersebut. Sepatutnya mereka diberikan secara percuma kerana mereka peneroka asal di situ dan terlalu lama mereka menanggung kepayahan hidup.

No comments:

Post a Comment