Friday, October 29, 2010
Larang PR Berkempen, BN Mahu Bawa Rakyat Batu Sapi Ke Politik Zaman Batu
Batu Sapi - Barisan Nasional membawa budaya politik Malaysia ke zaman batu apabila memasang kain rentang di bilik gerakannya di Kampung Istimewa melarang petugas Pakatan Rakyat memasuki perkampungan tersebut untuk menemui pengundi.
Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari pada masa persada politik negara sedang menuju ke arah pembudayaan dan kerangka politik baru malangnya Umno dan BN dilihat ingin membawa rakyat kembali kepada zaman kegelapan politik penuh kezaliman, pemikiran kuno dan politik lama.
"Kita tidak mahu kembali kepada politik tahun 1960-an yang diamalkan oleh BN seperti mana yang kita lihat di Kampung Istimewa semalam. Mereka memasang kain rentang yang melarang pembangkang memasuki kampung itu.
BN mahu kita kembali kepada zaman batu tetapi kita mahu bawa budaya politk baru yang melibatkan debat, diskusi dan perbincangan bagi memberi peluang kepada pengundi Batu Sapi membuat pertimbangan dan seterusnya pilihan alternatif yang paling baik di antara tiga calon yang bertanding," kata Ansari pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pagi tadi.
Semalam Suara Keadilan melaporkan kira-kira 20 anggota pasukan petugas perayu undi dan culaan dari Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh dan Bayan Baru telah dihalang oelh samseng Umno daripada menemuim pengundi Kampung Istimewa di kawasan Dewan Undangan Negeri
Sekong.
Mereka telah diugut dan dilemparkan kata-kayta kesat dan diancam dengan kekerasan serta memaksa penduduk menutup pinti rumah dan tidak memenerima kedatangan petugas KEADILAN...- SuaraKeadilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment